Assalamualaikum....
Hari ini aku mahu berkisar tentang kehidupan menurut pandangan dari kaca mata aku sebagai seorang insan biasa yang sering leka dan tersasar dari landasan...itu aku memang tak nafikan sebab aku bukan manusia biasa yang sempurna atas segala-galanya...tapi dari kelalaian dan kealpaan itu harus terbit satu perasaan yang dipanggil sesalan agar kita sebagai makhlukNya tidak terus leka dengan permainan dunia sementara ini...manusia seperti aku misalnya sering kali lupa akan takdir Tuhan bila aku berada dalam ambang kejayaan atau kebahagiaan atau di kemuncak...mungkin kita akan ingat dan panjatkan syukur pada Tuhan tapi selalunya hanya seketika cuma...selepas itu kita akan leka dan lalai semula...(aku tidak mahu mengambil contoh sesiapa di sini tapi contoh pada diri aku sendiri)...aku ambil contoh yang paling senang ialah mengenai kisah percintaan aku yang terputus di tengah jalan....maaf jika ada di antara anda yang sudah bosan dengan cerita2 sebegini terutama teman2 yang sudah lali mendengar cerita aku ini...aku hanya ingin memberikan sedikit contoh di sini...masa mula2 aku jatuh cinta lebih kurang setahun yang lalu and that was my first love and he is my first love aku banyak sangat terfikir apakah yang akan Tuhan corakkan atas takdir hidup aku di masa hadapan...aku selalu berfikir akan apa jua kemungkinan dan aku mohon pada Tuhan agar kebahagiaan akan wujud untuk aku senyum dan kenangkan...dan selepas beberapa ketika setelah kami mula bersama aku terus lalai dan leka untuk berdoa pada Tuhan agar hubungan ini berkekalan sehingga ke nafas terakhir...aku lupa akan itu dan aku lupa akan takdir yang telah diwarnakan untuk aku...dan bila akhirnya cinta itu terkandas dan terputus di pertengahan jalan, aku jadi manusia yang betul2 putus harapan di atas nasib aku dalam percintaan...dan pada ketika itulah aku benar2 sedar bahawa ketidakberingatan aku itu akhirnya membawa kepada sebuah kehancuran...dan aku amat menyesali akan itu dan aku masih menyesal di atas kekecewaan ini walaupun sudah 3 bulan berlalu...dan aku mohon pada hari ini agar Tuhan dengar akan permintaan aku agar aku diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua kekecewaan untuk masa ini dan masa hadapan...kerana aku tidak mahu menjadi manusia lemah yang sering menangisi dan meratapi sebuah pemergian dan kehilangan...aku tidak mahu jadi manusia yang tidak bersyukur itu...aku yakin ramai juga manusia di luar sana yang merasa kehilangan seperti aku...yang benar2 merasa akan kehilangan orang yang benar2 dicintai dan disayangi...tetapi ada juga kisah lain dalam kehidupan yang perlu kita renungkan dan ambil pengajaran...seperti orang kaya yang leka akan kekayaan dan akhirnya jatuh miskin kerana kurangnya atau tiada sedikitpun rasa kesyukuran dalam jiwa...pada ketika kemiskinan itu datang menjengah barulah kita menyedari akan kesombongan kita pada kekayaan Tuhan Yang Maha Kaya...ada juga yang ketika waktu sihatnya sangat seronok akan kehidupan duniawi dan terlupa akan bila2 masa sahaja nyawanya boleh dijemput Ilahi...dan pada ketika kesakitan itu datang menampakkan diri, barulah disedari akan banyaknya dosa2 pada hidupnya sendiri dan Tuhan lah tempat dia mengadu akan segala duka dan derita...itulah sebenarnya hidup manusia tetapi tak semua yang begitu...jika hebat hatinya maka dia akan sentiasa mendekatkan diri pada Penciptanya tidak kira dalam keadaan senang mahupun sengsara...aku amat2 mahu menjadi yang itu walaupun aku sebenarnya amat benar tahu aku bukan tergolong dalam hati yang hebat itu...banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam kehidupan sebelum bumi ini diperintahkan untuk sujud pada Tuhan di pengakhiran...ini bukan diskusi keagamaan...ini hanyalah coretan aku atas kehidupan aku sebagai seorang insan...moga aku tidak lagi tersasar di atas landasan kebenaran...
Sunday, November 28, 2010
SiaPaKah KiTa DaLaM KeHiDuPan...
Posted by Anak Pak Din at 8:00 AM 0 comments
Labels: Pengalaman
Saturday, November 27, 2010
THE MEMORIES (^__^)(!__!)
Assalamualaikum...
Ok entry kali ni aku nak cerita sikitlah pasal kehidupan aku kat U ni selama 3 tahun setengah ni...waaaa sedihnya sebab dah habis tak dapat nak lepak2, gedik2 ngan member2 aku macam dulu !_! (tiba2 rindu pulak kat budak2 ni...wuwuwu)..Secara jujurnya lah kan hidup kat U ni banyak sangat ajar aku erti kehidupan, persahabatan, kegedikan..hahaha..sebab aku memang yakin 110% aku makin bertambah gedik pulak sejak masuk U ni -___- (sape punya angkara ni ha?habaq mai sikit)..hehe padahal gedik sendiri..ok2...lagi2 sejak lebih kurang 2 tahun kebelakangan ni banyak sangat benda yang aku belajar dan observe pasal kehidupan ni...dan dalam masa 2 tahun ni aku dan member2 aku mula dah rapat memang kamceng gila kalau nak buat apa2 ke nak pergi mana2 ke mesti nak sama2 dah macam belangkas...owh....owh sukanya sebab macam rombongan cik kiah pulak kalau tengok..-__-..tapi siyus seronok gila rasa macam bangga bawak rombongan pergi karok lah tengok wayang lah makan2 lah...semua pun nak sama2 lah...dan dalam masa setahun ni aku sangat2 belajar erti persahabatan dan percintaan..ececeh....tapi ditakdirkan hubungan itu tidak kesampaian dan terputus di tengah jalan...(sedihnya aku masa tu hanya Allah je yang tahu..ok even until now I still cry and cry...heh bajet baby pulak kan nak nangis je keje...teehee)..tapi masa tu kawan2 lah yang banyak sangat bagi sokongan pada aku yang bagi aku nasihat dan segala macam ubat penenang agar aku kembali pulih...terima kasih kawan2..I love you soo much lah...terima kasih sebab sudi mendengar dan melihat aku menangis..aku tau hampa dah bosan tengok aku nangis tapi aku wat dak je...hehehe..terima kasih untuk pengorbanan kalian ok?? 'Friend in need is a friend indeed'....aku bangga ada kawan macam hampa semua...walaupun sampai sekarang aku masih berada dalam kekecewaan tahap gaban...ok lupakan pasal kekecewaa bak kata teman aku sorang ni lah.."kalau nak layan kecewa bertahun pun takkan hilang"..jadi aku mengambil keputusan nak move on..hidup mesti diteruskan dan redhalah menerima takdir Tuhan (ececeh cakap je pandai aku ni)..ok2 sekarang ni kitorang (aku dan teman2) dah terpaksa berjauhan sebab dah habis study dan kena buat practical pulak... homaigod!!homaigod!! cepatnya masa berlalu dan aku tidak mau...waaaaa!!!!tapi nak buat macam mana terpaksa lah terima 6 bulan pulak tu...gile tak gile aku???haih !_!..bagaimana kah hidup untuk 6 bulan akan datang??aku pun tak tahu...tapi yang aku tahu aku rindu kawan2 aku especially yang praktikal di kampung halaman confirm lah susah nak jumpa kan...selamat ramai yang praktikal dekat2 area Lembah Klang..so senang lah sikit nak hangout together gether...ahaks!!kepada yang balik kampung tu jangan cemburu ye...ok lah ponat sudah aku nak bubuh gambaq pulak...
ok ini masa panjat bukit Broga..gila lenguh kaki aku sebab takut kena tinggal -__-

ok ni tyme semua orang peraq sebab jumpa pokok Lagenda Budak Setan..haha macam jebon je main lompat2...
ni masa sambut burfday anak2 bulan 10 dan 11...hahaha hampeh bau belacan...aku pun kena sekali..cis!!
yeay...I love this moment..tyme ni semua (not semua lah) pergi vacation kat PD...owh how i miss that moment..nak pergi lagi..waaaa !_!
p/s: ok ini adalah sebahagian dari kenangan2 dan memori2 kami semasa bersahabat bersama...owh how I love u guys...thanx for being my friend...muahx!!
assalamualaikum...:)
Posted by Anak Pak Din at 8:50 AM 0 comments
Labels: Kenangan
Wajah Baru
Assalamualaikum...
Ini adalah blog aku yang kedua yang mungkin tak berapa nak emo sangat...hehehe (sebab yang dulu tu macam banyak story sedih dari gembira)..so, I'm thinking of having a new blog untuk menceritakan kisah hidup sendiri, teman-teman dan juga segala apa yang terlihat dek pandangan...dan aku amat2 lah mengharapkan kedatangan anda untuk singgah2..lalu2 pun takpe dalam kamar tulis ni...terima kasih kepada anda yang sudi...assalamualaikum :)
Posted by Anak Pak Din at 6:36 AM 0 comments





