BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, January 23, 2011

CiNDeReLLa, aKu MaHu JaDi KaMu

Kenapa hati suka merasa berat?
Kenapa hati suka merasa terganggu?
Kenapa hidup ini tidak mudah seperti yang diangan-angankan?
Serasa seronok melihat Cinderella si puteri kayangan,
Terasa indah bila sang putera datang mencari dan melamar,
Dan hidup penuh warna kebahagiaan sehingga ke pengakhiran,
Mahu bermimpi, tetapi terasa amat benar membuang waktu di sini,
Ingin mencari bahagia,
Tetapi mampukah jika hanya mendongak ke langit maka akan datang kebahagiaan dari kayangan,
Tersenyum sinis mendengar aku akan angan-angan,
Mengapa begini hebat kekusutan,
Aku sudah tidak mampu bertahan, Tuhan,
Aku lemah tidak terdaya melawan,
Kuatkan hati dan jiwa ini agar aku mampu menjadi seorang insan.

Friday, January 14, 2011

GiTaRKu KeKaSiHKu....

Lama aku membiarkan kamu terdiam di situ,
Serasa amat kejam manusia bernama aku yang hanya memendang kamu,
Tanpa rasa ingin menyentuh kamu wahai jiwa,
Aku biarkan kamu diam di situ lama,
Ya, terlalu lama sehingga aku terlupa kamu pernah mengubat akan segala duka,
Aku rindu akan kamu sebenarnya,
Sungguh, aku tidak berdusta,
Tetapi kerana kelelahan minda dan kehausan tenaga pada diri,
Aku jadi lemah dan mati di sini,
Aku biarkan kamu di sudut itu,
Aku biarkan kamu diam tanpa suara lagu,
Aku memang dungu tidak mahu menjaga kamu,
Aku memang bodoh tidak pernah membelai kamu,
Tetapi aku amat benar sayang dan rindu kamu,
Berikan aku sedikit waktu kerana kamu adalah azam baruku,
Nantikan aku, kerana aku  teramat butuh waktu.

Thursday, December 30, 2010

RaNTai-aRt @ BaLai SeNi LuKis NeGaRa

Assalamualaikum....

Lately ni rasa macam malas je nak update semua benda dan rasa malas semacam nak get connected dengan dunia maya ni. Semua pun rasa dah bosan. Kenapa ek?? hurmmmm...tak payah pening kepala fikir buang karan je kan?

Last Saturday aku telah merajinkan diri untuk pergi ke Balai Seni Lukis Negara..Aku memang dah lama merancang nak pergi tempat ni sebab sepanjang minggu lepas ada event Rantai-art ni. Kalau tak silap event ni dah tahun ke 10 kot tapi sekarang ni barulah ada peluang nak pergi kan..hehee..:) even dapat pergi kejap je sebab time tu dah petang nak kejar train semua bagai and tak nak lewat sampai malam balik rumah, so dapat lah jalan-jalan kejap dekat booth yang ada dan dapatlah tengok 1 poem recital dari sorang awek ni dan 2 performance dari band Faraday dan Oh Chenta Ku..heh selamat dapat tengok Oh Chenta Ku ni sebab band ni memang best lagu pun masyuk2 so layan lah.

                                                             band Faraday
                                                              Oh Chenta Ku

Ini antara 2 band yang sempat aku tengoklah. Sebenarnya ada banyak lagi tapi disebabkan kelewatan sampai dan tak mahu balik lambat sempat tengok sikit je..Jadilah kan dari tak dapat langsung. Dalam pada tu aku sempat jugak beli t-shirt lukisan tangan. Kira hand made lah kan. Cantik memang cantik. Mula2 macam berat hati nak beli sebab boleh tahan mahal jugaklah harga dia tapi bila fikir2 balik macam rugi pulak tak beli sebab baju ni dia memang lukis 1 je dan memang tak ada size. Selamatlah muat untuk aku pakai dan bagi aku memang cun dan berseni habis..hehe dan pelukis dia pun boleh tahan comel jugak. Tak beli rasa macam tak sampai hati pulak..haha...



                                      cun tak? silalah jawab ye...heee :)

Apa2 pun aku sangat2lah berterima kasih kepada 2 orang teman cantik aku ni sebab sudi teman aku jauh2 semata-mata nak layan kerenah aku ni..Walaupun masa mula2 sampai diorang tak faham satu apa event yang aku ajak diorang pergi ni, tapi aku tengok diorang layan jugak..heh sampai cakap kalau ada lagi ajaklah aku lagi..haha aku cukup suka statement tu..

                                           Yati dan Emy..I love u lah..heee..:)

                  Salah satu lukisan gravity yang belum siap..tapi memang cun..

Harap2 tahun depan kalau ada event ni lagi dapatlah aku join kan?Memang rugi rasanya kalau tak join hari2 event ni sebab setiap hari aktiviti dia lain2. Dan yang paling aku kecewa sekali sebab tak dapat join bengkel dengan Fynn Jamal..waaa sedih betul...:( Harap2 next time dapat jumpa kak Fynn ni..heh..:)

Assalamualaikum.....:)

Saturday, December 25, 2010

DaLaM DiLeMa

Assalamualaikum...

Ramai yang tanya kenapa aku deactivate fb aku. Ada yang tanya, "Kau kenapa senyap je sekarang ni?" "Kau ok ke?" "Kau dah deactivate fb ke? Kenapa?" Macam2 lagi lah. Aku sebenarnya malas nak explain dan bagi orang faham kenapa aku deactivate fb aku. Tapi pada yang faham tu aku syukur sangat2 sebab at least mereka tak tanya lebih2 dan aku pun tak susah nak terangkan. Hampir sebulan jugak aku dah tak aktif fb ni dan aku rasa hidup aku lebih tenang dan aman sekarang sebab banyak benda yang aku taknak tau dan amek tau, so aku tak payah sibuk2 nak tau. Kalau aku tak deactivate fb ni, walaupun aku taknak tau apa2 tapi keinginan nak tau tu macam meluap-luap. Biasalah hati manusia lagi2 hati yang macam aku ni. Lemah semacam je kan? Tapi sejak aku dah tak aktif fb ni memang banyak benda aku ketinggalan sebenarnya especially kisah teman2 aku yang macam banyak betul masalah diorang ni. Aku pun naik kesian jugak kat diorang ni. Selamat ada twitter at least aku tak lah ketinggalan sangat kan?hehehe...Aku bukan nak deactivate selama-lamanya. Tapi cukuplah sampai aku betul2 boleh berada dalam keadaan tenang dan stabil. Tapi sekarang ni sejak praktikal ni ramai kawan2 baru, manager tempat aku dan orang2 yang kerja kat situ nak add kat fb bagai. Aku jadi macam serba salah. Dalam dilema. Macam tipu je kalau aku cakap aku takda fb sebab budak tadika pun dah ada sekarang kan? Aku kalau nak cerita kenapa aku deactivate fb ni jangan haraplah. Bila orang tanya aku mampu jawab saja je sebab aku malas nak aktif lagi. Heh susahnya nak bagi orang faham. Aku tak rasa excited pun nak aktif balik sekarang ni tapi disebabkan orang2 baru dalam hidup aku ni aku jadi macam dilema..haish -__-"

Assalamualaikum....:)

Saturday, December 18, 2010

A WaLK To ReMeMbeR

Assalamualaikum...



"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful nor conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever come."


Tiba2 je teringat pasal movie ni dan aku paling suka quote yang kat atas ni masa diorang tengah nak kahwain kat church tu. Siap sempat pause salin lagi. Punya semangat aku. Movie ni kalau tengok banyak kali pun dia takkan bosan bagi aku dan laju je airmata ni nak meleleh kalau hadap movie ni. Aku baru tengok movie ni 2 kali dan dua2 pun aku nangis. Fisrt time tengok dengan member2 and second time tengok sorang2. Memang feel lebih lah time tengok sorang2 ni lagi2 bila kita teringatkan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita yang banyak menciptakan kenangan untuk kita lalui dalam sisa2 kehidupan kita ni yang entah bila pun kita semua tak tahu penghujungnya.

Kalau ikut cerita ni, yang heroin dia ni sebelum dia meninggal, dia sempat merasai bahagia dengan first love dia. Kalau yang hero ni aku tak tahu lah perempuan ni first love dia ke apa maybe ya maybe tak sebab dia budak nakal dan bila jatuh cinta dengan si perempuan ni baru dia berubah menjadi budak yang baik dan sangat2 charming..heee..tu kalau ikut pemerhatian akulah. Tak susah dan tak senang sebenarnya nak cari lelaki yang charming macam ni sebab dia bergantung kepada siapa yang kita jumpa dan hati manusia itu sendiri. Mungkin lepas jumpa dengan perempuan ni baru dia betul2 dapat rasakan apa itu cinta sebenar dalam hati dia. Sebab itu dia sanggup berubah demi seseorang yang bernama perempuan ini untuk kebahagiaan diri dia sendiri.

Aku yakin dan pasti setiap orang pun ada kisah first love mereka sendiri dan aku juga tak terkecuali. Ada orang yang hidup bahagia dan end up dengan kehidupan yang sempurna dengan first love dia. Tapi ada juga yang tidak bernasib baik dan kecuundang di tengah jalan, Itu semua ujian dari Tuhan. Mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama. Ada yang lebih baik yang sedang menanti, itu aku amat yakin dan pasti. Aku pernah terbaca ada seorang ustaz ni cakap lebih kurnag macam ni lah, "Kita boleh pilih siapa pun yang kita suka sama ada lelaki atau perempuan, buatlah pilihan sebanyak mana pun yang kita mahu, dengan siapa pun yang kita mahu, sebab itu semua atas kehendak kita sendiri, tapi yang menentukan siapa jodoh kita di kemudian hari itu adalah Allah itu sendiri." Sebab jodoh itu di tangan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang dan membuat pilihan tetapi yang menentuukan segala-galanya adalah atas kehendak Tuan punya dunia.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku baru kecewa dengan cinta pertama dan aku akui setelah hampir 4 bulan (113 hari), aku masih lagi menyayangi lelaki ini yang pernah menghadirkan sebuah kenangan untuk aku kenangkan dan mengajar aku akan erti sebuah percintaan. Sebab walaupun aku rasa macam tak nak akui tapi sebenarnya aku amat akui aku ini adalah seorang manusia yang cerewet dalam memilih pasangan. Aku memang tak pandang akan rupa atau harta apa pun, asalkan bagi aku lelaki itu dapat menghadirkan rasa sayang dan menerima serta memahami aku apa adanya, mungkin itu sudah cukup bagi aku. Dan aku tidak mampu untuk menghadirkan rasa benci dan melupakan semua kenangan yang telah sebati walaupun aku amat mahu sebenarnya dan itulah yang selalu aku doakan. Tapi sekarang ni aku dah dapat rasa sedikit ketenangan  dari kekecewaan sebab aku fikir sudah masanya untuk aku berhijrah dan melangkah ke depan. Setiap orang memang akan hidup dalam kenangan tapi jangan biarkan kenangan itu mengganggu ketenangan kita untuk mencari kebahagiaan dan melangkah ke depan. Itu yang aku selalu ajarkan pada diri aku sendiri. Bagi aku memang senang untuk berkata jika tidak merasai, tetapi sebagai manusia kita kena yakin dengan ketentuan dan qada' qadar Ilahi. Insya Allah kalau kita sabar mesti akan ada ganjaran yang bakal diberi (ayat lebih untuk memujuk diri sendiri)...aaaaaa aku pun tak tahu...

Assalamualaikum....:)

Saturday, December 11, 2010

iRiS (Goo Goo DoLLs ft. AvRiL LaVigNe)


And I'd give up forever to touch you
Cause I know that you feel me somehow
You're the closest to heaven that I'll ever be
And I don't want to go home right now

And all I can taste is this moment
And all I can breath is your life
Cause sooner or later it's over
I just don't want to miss you tonight

And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

And you can't fight the tears that ain't coming
Or the moment of truth in your lies
When everything feels like the movies
And you bleed just to know you're alive

And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am
I just want you to know who I am...

SeoRaNg PeMeRHaTi

Assalamualaikum...

Aku suka menjadi pemerhati. Sebenarnya memang sifat aku begini yang memang gemar untuk menjadi pemerhati terutamanya untuk manusia yang hampir dan berada dekat dengan aku. Sebabnya aku suka menilai manusia ini selepas aku melihat apa yang mereka lakukan, fikirkan dan keperibadian mereka itu sendiri.Jangan main terjah aje jika mahu menilai seseorang itu. Sebab luaran tidak semestinya sama dengan dalaman. Yang penting apa yang ada dalam hati dan pemikiran manusia itu sendiri yang sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menilainya hanya dengan pemerhatian kasar saja. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum kita nak jump to conclusion tentang siapa sebenarnya manusia yang sedang kita nilai itu. Macam sesetengah dari teman aku sendiri, selepas mengenali mereka untuk beberapa ketika, aku sudah masak dengan apa yang mereka mahu fikirkan dan katakan. Bukan mahu berkata aku ini seperti ahli nujum atau apa, tapi bila mereka mula bersuara untuk membuang bicara tentang sesuatu masalah atau kemusykilan aku sudah dapat mengagak apa yang mahu diperkatakan. Tapi orang seperti ini selalunya adalah mereka yang mudah dan sudi untuk berkongsi apa saja rasa dengan teman atau seseorang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai menurut mereka. Ada juga antara kita yang seperti seorang yang misteri. Yang amat susah sebenarnya mahu menyelami apa yang ada di dasar hati mereka ini. Aku ada juga teman yang begini. Dan aku akui aku juga orang yang seperti ini. Sebab selalunya apa yang aku pamerkan tidak bermakna itu adalah cermin kepada dalaman diri itu sendiri. Bukan hipokrit. Tidak aku bukan manusia yang hipokrit dan aku cukup tidak suka pada manusia yang hipokrit. Cuma kadang kala bagi aku, menyembunyikan sesuatu yang bersifat dalaman itu lebih senang dan selesa daripada asyik mempamerkan sesuatu untuk tontonan. Contohnya jika kita bersedih di atas sesuatu perkara atau musibah, cukuplah bagi aku jika kita mahu berkongsi dengan mereka yang kita percaya dalam waktu yang seketika cuma. Cukuplah dengan hanya meluahkan itu kita dapat melegakan sedikit tekanan dan luahan perasaan agar kita dapat mengutip sedikit nasihat dan pengajaran daripada mereka yang pernah berpengalaman. Selebihnya itu biar kita saja yang berurusan dengan Tuhan. Sebab aku bukan jenis manusia yang suka bercerita akan kisah hidup aku sendiri kecuali jika aku amat benar2 memerlukan seseorang untuk melegakan sedikit tekanan dan bebanan. Itu aku. Selagi aku mampu aku tidak akan meluahkan. Segala-galanya tetap dalam hati untuk aku simpan. Tetapi manusia ini telah diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan keadaan. Semuanya berbeza mengikut takdir yang telah ditentukan. Bagi aku, aku mahu terima apa yang telah dikurniakan ini dengan seikhlasnya dan aku mahu menerima mereka yang berada di sekeliling aku tanpa ada perasaan negatif yang lahir dalam jiwa. Aku suka menjadi pendengar dan mahu menjadi pendengar yang setia. Walau siapa pun yang datang untuk bercerita, aku tetap sudi ada untuk mendengar akan sebuah bicara.   

Assalamualaikum...:)