Assalamualaikum...
"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful nor conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever come."
Tiba2 je teringat pasal movie ni dan aku paling suka quote yang kat atas ni masa diorang tengah nak kahwain kat church tu. Siap sempat pause salin lagi. Punya semangat aku. Movie ni kalau tengok banyak kali pun dia takkan bosan bagi aku dan laju je airmata ni nak meleleh kalau hadap movie ni. Aku baru tengok movie ni 2 kali dan dua2 pun aku nangis. Fisrt time tengok dengan member2 and second time tengok sorang2. Memang feel lebih lah time tengok sorang2 ni lagi2 bila kita teringatkan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita yang banyak menciptakan kenangan untuk kita lalui dalam sisa2 kehidupan kita ni yang entah bila pun kita semua tak tahu penghujungnya.
Kalau ikut cerita ni, yang heroin dia ni sebelum dia meninggal, dia sempat merasai bahagia dengan first love dia. Kalau yang hero ni aku tak tahu lah perempuan ni first love dia ke apa maybe ya maybe tak sebab dia budak nakal dan bila jatuh cinta dengan si perempuan ni baru dia berubah menjadi budak yang baik dan sangat2 charming..heee..tu kalau ikut pemerhatian akulah. Tak susah dan tak senang sebenarnya nak cari lelaki yang charming macam ni sebab dia bergantung kepada siapa yang kita jumpa dan hati manusia itu sendiri. Mungkin lepas jumpa dengan perempuan ni baru dia betul2 dapat rasakan apa itu cinta sebenar dalam hati dia. Sebab itu dia sanggup berubah demi seseorang yang bernama perempuan ini untuk kebahagiaan diri dia sendiri.
Aku yakin dan pasti setiap orang pun ada kisah first love mereka sendiri dan aku juga tak terkecuali. Ada orang yang hidup bahagia dan end up dengan kehidupan yang sempurna dengan first love dia. Tapi ada juga yang tidak bernasib baik dan kecuundang di tengah jalan, Itu semua ujian dari Tuhan. Mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama. Ada yang lebih baik yang sedang menanti, itu aku amat yakin dan pasti. Aku pernah terbaca ada seorang ustaz ni cakap lebih kurnag macam ni lah, "Kita boleh pilih siapa pun yang kita suka sama ada lelaki atau perempuan, buatlah pilihan sebanyak mana pun yang kita mahu, dengan siapa pun yang kita mahu, sebab itu semua atas kehendak kita sendiri, tapi yang menentukan siapa jodoh kita di kemudian hari itu adalah Allah itu sendiri." Sebab jodoh itu di tangan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang dan membuat pilihan tetapi yang menentuukan segala-galanya adalah atas kehendak Tuan punya dunia.
Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku baru kecewa dengan cinta pertama dan aku akui setelah hampir 4 bulan (113 hari), aku masih lagi menyayangi lelaki ini yang pernah menghadirkan sebuah kenangan untuk aku kenangkan dan mengajar aku akan erti sebuah percintaan. Sebab walaupun aku rasa macam tak nak akui tapi sebenarnya aku amat akui aku ini adalah seorang manusia yang cerewet dalam memilih pasangan. Aku memang tak pandang akan rupa atau harta apa pun, asalkan bagi aku lelaki itu dapat menghadirkan rasa sayang dan menerima serta memahami aku apa adanya, mungkin itu sudah cukup bagi aku. Dan aku tidak mampu untuk menghadirkan rasa benci dan melupakan semua kenangan yang telah sebati walaupun aku amat mahu sebenarnya dan itulah yang selalu aku doakan. Tapi sekarang ni aku dah dapat rasa sedikit ketenangan dari kekecewaan sebab aku fikir sudah masanya untuk aku berhijrah dan melangkah ke depan. Setiap orang memang akan hidup dalam kenangan tapi jangan biarkan kenangan itu mengganggu ketenangan kita untuk mencari kebahagiaan dan melangkah ke depan. Itu yang aku selalu ajarkan pada diri aku sendiri. Bagi aku memang senang untuk berkata jika tidak merasai, tetapi sebagai manusia kita kena yakin dengan ketentuan dan qada' qadar Ilahi. Insya Allah kalau kita sabar mesti akan ada ganjaran yang bakal diberi (ayat lebih untuk memujuk diri sendiri)...aaaaaa aku pun tak tahu...
Assalamualaikum....:)




0 comments:
Post a Comment