Bila terkadang kaki ini mahu melangkah pergi,
Ada bisikan dari hati kecil yang kuat meronta menjengah rasa,
Terasa sayu mahu membuang bicara,
Terasa payah untuk membuang kelat pada luka lama,
Aku tidak pernah ambil peduli walau pernah diluka,
Kerana aku tahu doa dan sabar itu ubat atas segala duka,
Lalu aku pandang pada diri yang lemah dan mengharap akan cahaya,
Aku mahu dakap akan bulan yang indah,
Aku mahu tersenyum manis pada bintang yang gundah,
Bila malam seakan segan mahu menjengah,
Aku mahu tidur diulit mimpi yang indah,
Dan bila gerimis mahu singgah membasah bumi,
Aku mahu pandang akan pelangi agar sedikit terubat rasa rindu di hati,
Bila sang terik mentari memulakan rutin di setiap pagi,
Aku mahu bangkit dengan satu semangat yang sunyi,
Aku mahu dongak ke dada langit dan tatap akan indahnya hidup ini,
Aku mahu berhijrah,
Aku mahu melangkah,
Aku mahu mengucapkan selamat tinggal pada kelukaan,
Dan tersenyum memandang akan hadirnya keindahan,
Ahhh, tapi siapa aku yang bukan Tuhan untuk merencanakan,
Kerana sesungguhnya aku masih seorang insan,
Yang sedang mengharap akan hadirnya sebuah keajaiban.
tak faham
8 years ago



0 comments:
Post a Comment