BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

RaNTai-aRt @ BaLai SeNi LuKis NeGaRa

Assalamualaikum....

Lately ni rasa macam malas je nak update semua benda dan rasa malas semacam nak get connected dengan dunia maya ni. Semua pun rasa dah bosan. Kenapa ek?? hurmmmm...tak payah pening kepala fikir buang karan je kan?

Last Saturday aku telah merajinkan diri untuk pergi ke Balai Seni Lukis Negara..Aku memang dah lama merancang nak pergi tempat ni sebab sepanjang minggu lepas ada event Rantai-art ni. Kalau tak silap event ni dah tahun ke 10 kot tapi sekarang ni barulah ada peluang nak pergi kan..hehee..:) even dapat pergi kejap je sebab time tu dah petang nak kejar train semua bagai and tak nak lewat sampai malam balik rumah, so dapat lah jalan-jalan kejap dekat booth yang ada dan dapatlah tengok 1 poem recital dari sorang awek ni dan 2 performance dari band Faraday dan Oh Chenta Ku..heh selamat dapat tengok Oh Chenta Ku ni sebab band ni memang best lagu pun masyuk2 so layan lah.

                                                             band Faraday
                                                              Oh Chenta Ku

Ini antara 2 band yang sempat aku tengoklah. Sebenarnya ada banyak lagi tapi disebabkan kelewatan sampai dan tak mahu balik lambat sempat tengok sikit je..Jadilah kan dari tak dapat langsung. Dalam pada tu aku sempat jugak beli t-shirt lukisan tangan. Kira hand made lah kan. Cantik memang cantik. Mula2 macam berat hati nak beli sebab boleh tahan mahal jugaklah harga dia tapi bila fikir2 balik macam rugi pulak tak beli sebab baju ni dia memang lukis 1 je dan memang tak ada size. Selamatlah muat untuk aku pakai dan bagi aku memang cun dan berseni habis..hehe dan pelukis dia pun boleh tahan comel jugak. Tak beli rasa macam tak sampai hati pulak..haha...



                                      cun tak? silalah jawab ye...heee :)

Apa2 pun aku sangat2lah berterima kasih kepada 2 orang teman cantik aku ni sebab sudi teman aku jauh2 semata-mata nak layan kerenah aku ni..Walaupun masa mula2 sampai diorang tak faham satu apa event yang aku ajak diorang pergi ni, tapi aku tengok diorang layan jugak..heh sampai cakap kalau ada lagi ajaklah aku lagi..haha aku cukup suka statement tu..

                                           Yati dan Emy..I love u lah..heee..:)

                  Salah satu lukisan gravity yang belum siap..tapi memang cun..

Harap2 tahun depan kalau ada event ni lagi dapatlah aku join kan?Memang rugi rasanya kalau tak join hari2 event ni sebab setiap hari aktiviti dia lain2. Dan yang paling aku kecewa sekali sebab tak dapat join bengkel dengan Fynn Jamal..waaa sedih betul...:( Harap2 next time dapat jumpa kak Fynn ni..heh..:)

Assalamualaikum.....:)

Saturday, December 18, 2010

A WaLK To ReMeMbeR

Assalamualaikum...



"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful nor conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever come."


Tiba2 je teringat pasal movie ni dan aku paling suka quote yang kat atas ni masa diorang tengah nak kahwain kat church tu. Siap sempat pause salin lagi. Punya semangat aku. Movie ni kalau tengok banyak kali pun dia takkan bosan bagi aku dan laju je airmata ni nak meleleh kalau hadap movie ni. Aku baru tengok movie ni 2 kali dan dua2 pun aku nangis. Fisrt time tengok dengan member2 and second time tengok sorang2. Memang feel lebih lah time tengok sorang2 ni lagi2 bila kita teringatkan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita yang banyak menciptakan kenangan untuk kita lalui dalam sisa2 kehidupan kita ni yang entah bila pun kita semua tak tahu penghujungnya.

Kalau ikut cerita ni, yang heroin dia ni sebelum dia meninggal, dia sempat merasai bahagia dengan first love dia. Kalau yang hero ni aku tak tahu lah perempuan ni first love dia ke apa maybe ya maybe tak sebab dia budak nakal dan bila jatuh cinta dengan si perempuan ni baru dia berubah menjadi budak yang baik dan sangat2 charming..heee..tu kalau ikut pemerhatian akulah. Tak susah dan tak senang sebenarnya nak cari lelaki yang charming macam ni sebab dia bergantung kepada siapa yang kita jumpa dan hati manusia itu sendiri. Mungkin lepas jumpa dengan perempuan ni baru dia betul2 dapat rasakan apa itu cinta sebenar dalam hati dia. Sebab itu dia sanggup berubah demi seseorang yang bernama perempuan ini untuk kebahagiaan diri dia sendiri.

Aku yakin dan pasti setiap orang pun ada kisah first love mereka sendiri dan aku juga tak terkecuali. Ada orang yang hidup bahagia dan end up dengan kehidupan yang sempurna dengan first love dia. Tapi ada juga yang tidak bernasib baik dan kecuundang di tengah jalan, Itu semua ujian dari Tuhan. Mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama. Ada yang lebih baik yang sedang menanti, itu aku amat yakin dan pasti. Aku pernah terbaca ada seorang ustaz ni cakap lebih kurnag macam ni lah, "Kita boleh pilih siapa pun yang kita suka sama ada lelaki atau perempuan, buatlah pilihan sebanyak mana pun yang kita mahu, dengan siapa pun yang kita mahu, sebab itu semua atas kehendak kita sendiri, tapi yang menentukan siapa jodoh kita di kemudian hari itu adalah Allah itu sendiri." Sebab jodoh itu di tangan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang dan membuat pilihan tetapi yang menentuukan segala-galanya adalah atas kehendak Tuan punya dunia.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku baru kecewa dengan cinta pertama dan aku akui setelah hampir 4 bulan (113 hari), aku masih lagi menyayangi lelaki ini yang pernah menghadirkan sebuah kenangan untuk aku kenangkan dan mengajar aku akan erti sebuah percintaan. Sebab walaupun aku rasa macam tak nak akui tapi sebenarnya aku amat akui aku ini adalah seorang manusia yang cerewet dalam memilih pasangan. Aku memang tak pandang akan rupa atau harta apa pun, asalkan bagi aku lelaki itu dapat menghadirkan rasa sayang dan menerima serta memahami aku apa adanya, mungkin itu sudah cukup bagi aku. Dan aku tidak mampu untuk menghadirkan rasa benci dan melupakan semua kenangan yang telah sebati walaupun aku amat mahu sebenarnya dan itulah yang selalu aku doakan. Tapi sekarang ni aku dah dapat rasa sedikit ketenangan  dari kekecewaan sebab aku fikir sudah masanya untuk aku berhijrah dan melangkah ke depan. Setiap orang memang akan hidup dalam kenangan tapi jangan biarkan kenangan itu mengganggu ketenangan kita untuk mencari kebahagiaan dan melangkah ke depan. Itu yang aku selalu ajarkan pada diri aku sendiri. Bagi aku memang senang untuk berkata jika tidak merasai, tetapi sebagai manusia kita kena yakin dengan ketentuan dan qada' qadar Ilahi. Insya Allah kalau kita sabar mesti akan ada ganjaran yang bakal diberi (ayat lebih untuk memujuk diri sendiri)...aaaaaa aku pun tak tahu...

Assalamualaikum....:)

Thursday, December 9, 2010

The WoRsT DaY EvEr

Assalamualaikum....

Ini cerita kelmarin...di mana hari cuti, so kami 5 sahabat iaitu aku, cik Soleha, cik Shikin, cik Syira dan cik Yati telah bercadang mahu melepak-lepak sambil membuang masa di Alamanda...hehehe...dalam tengah hari gerak tapi hari tu memang banyak sangat ujian dan cubaan yang menimpa kami (tak termasuk cik Syira sebab dia dari tempat lain)...pagi2 turun blok dan pergi ke tempat parking kereta tengok2 kereta cik Soleha ni kena pancitkan dan terselit satu nota di hadapan cermin kereta yang berbunyi, "Hidup ni belajar lah bertimbang rasa, dapat lesen terbang ke?"..(ayat sebenarnya aku tak berapa nak ingat sebab cik Soleha tak bagi aku amek gambar nota dengan tayar sebagai bukti...haha so aku ingat apa yang ada jelah)...masalahnya cuma satu iaitu parking tersenget dan hanya mengambil sedikit tempat parking di petak sebelah...sangat sikit dan masih mampu memuatkan kereta kecil seperti kancil untuk parking di petak sebelah itu...

Pengajaran: Kita hidup berjiran, walaupun tidak mengenali satu sama lain ataupun jiran itu membuat kesilapan yang besar sekalipun, janganlah nak menganiaya atau mempunyai niat mahu menganiaya sampai menimbulkan kesusahan pada orang lain...bayangkan kalau tak ada kereta lain masa tu dan tiba2 hari tu hari bekerja dan kena pergi ke tempat kerja..tak ke naya? hidup ni memenag macam roda....sekali kita buat orang, orang lain boleh buat kita 10 kali lebih dahsyat dan luar biasa...dan sesungguhnya doa orang yang teraniaya ini juga dimakbulkan olehNya...

Selepas sudah pam tayar kereta semua dan mujurlah berjumpa dengan orang yang berhati mulia kerana tidak mengenakan caj kepada kami walaupun setelah bersusah payah datang mengambil tayar dan pulang semula ke kedai dan menghantar semula tayar untuk dipasang tapi masih lagi tidak mahu menerima upah...aku sangat terharu kerana berjumpa orang sebegini di saat kesusahan...dan rasa terima kasih itu amat dipanjatkan pada Tuhan kerana mengurniakan kesenangan di sebalik kesulitan...

Setibanya di Alamanda (ramai gila kot orang sebab public holiday kot agaknya) kami terus membuat benda yang bukan2 dan entah apa2 sebab pergi tanpa tujuan...lepas lunch semua kami pun berjalan2 lah dekat wayang konon2 nak tengok wayang tapi tak tau nak tengok cerita apa sebab semua orang tak nak teman aku tengok cerita melayu..haha siot betul....last2 pergi buat muka tak malu amek gambar depan poster2 dan buat gaya muka entah apa2...

hesy buruk benar muka budak 2 orang ni sebab tiru gaya mamat kat belakang tu...entah apa2 je perangai kau orang ni..hahaha...

aku pun tak tau apa motif budak ni nak amek gambar kat poster 'Aku masih dara' ni...ok setelah dikaji2 dan ditilik2 rupanya saja nak cover keseksian dak diana Amir tu...teehee...:)

Lepas membuang masa yang lama mengambil gambar tak senonoh bersama poster2 kami pun pergilah membazirkan duit dengan membeli barang2 kat Carefour pulak...

ok cik Shikin dah penat bershopping sampai terduduk kau kat escalator tu...ha sukati kau lah budak nak buat macam rumah sendiri pulak...hehe..

aku tak tau apa motif minah ni gedik nak amek gambar kat sebelah robot yang takde rupa robotcop tuh..huh!!layan kan ajelah minah ni...-__-"

dah siap2 shopping semua pukul 6 kami pun beransur pulang...say bye2 to cik Syira..bilalah kita nak jumpa lagi kan??sedih pulak tetiba...

yang paling kecik tu cik Yati, yang paling gedik cik Soleha, yang senyum bajet tu cik Shikin dan excited terlebih tu cik Syira...:)

Ujian kami tidak berakhir pagi tu aje...rupa-rupanya kereta cik Soleha ni buat hal meragam pulak...asyik2 mati je kat tengah jalan especially masa kat traffic light sebab tak boleh nak stop kena jalan je keretanya...haha lawak pulak bila fikir2 balik...dahlah semua pun jahil bab2 kereta ni terutama sekali akulah asyik tanya soalan bodoh je..mujurlah ada seorang abang yang baik hati menghantar kami yang tidak tahu apa2 ni ke workshop berhampiran tempat kereta itu berhenti...fuh lega rasa...rupa2 rupanya yang rosak menurut incik pomen itu adalah oil filter dengan air filter..baru aku tau rupa dia macam mana...-__-"

                                              hitam gila air filter kamu cik Soleha oii...heee....:)



hahaha khusyuk nye kakak tengok orang betulkan kereta....bagus2 boleh belajar kalau rosak lagi senang sikit nak cek mana2 yang patut...heee...:)

Hari tu memang penat gila lah...the worst day ever tapi banyak pengalaman yang dapat dikutip dan dipelajari bersama....mujur berjumpa dengan orang2 baik selain mereka yang 'kurang baik' tu....semoga kita juga sama2 menjadi manusia yang baik itu...:)

Assalamualaikum....:)

Friday, December 3, 2010

It'S JuSt ThE BeGiNniNg....

Assalamualaikum.....

Selepas 3 hari berpenat lelah bertungkus lumus, akhirnya.....esok cuti!!!yey!!!haha over pulak kau kan padahal 3 hari baru kerja macam sebulan tak pernah rehat...ceh!!ok praktikal aku bersama kengkawan start rabu lepas and masa first day tu sangatlah blur macam tak tau kena campak kat mana...rupanya IFC (In Flight Catering) kat KLAS ni tak tahu ktorang start practical on 1st December...haram punya HR tak bagitau...-__-"..so selepas agak lama melepak dekat HR Department kami (bebudak praktikal dari UPM, UITM, Kolej Penerbangan dan kolej ape ntah kat Damansara tuh) diperkenalkan dengan GM dan semua2 lah...aku pun tak ingat apa jawatan diorang nih...dan aku ditempatkan di bahagian production which is cold kitchen...haha mula2 cuak gak lah macam tak tau nak buat apa and blur sorang2 sebab tak kenal sesapa..tapi selamat lah semuanya ok2 aje kerana memberi aku kerja dengan sangat banyak sampai nak tercabut kaki and patah pinggang...waahahaha setiap hari balik pun mengeluh..tapi seronok je sebenarnya sebab ada benda nak buat dari duk melangut tak tau nak buat apa last2 tetido...hahaha...banyak benda yang aku belajar actually even kerja aku hanyalah membantu 'baiya' (abangla2 kat dalam tulah) plating and portioning salad and dessert...sebab apa??sebab buat benda ni semua nak kena on time dan kerja tu sentiasa berjalan dan bertukar..so macam tak ada rest lah unless masa rehat tu pun asyik tengok jam sebab tak sabar nak pergi cafe duduk.....hahha buruk perangai aku nih..-__-"macam yang aku cakap tadilah macam2 flight yang ada contohnya Qatar Airways, Zimbabwe, entah apa2 lagi lah malas nak hafal so preparation tu kena sentiasa go on dan preparation tu hanya flight yang nak fly in 24 hours je...tak boleh lah nak buat untuk esok malam ke lusa ke tak boleh lah nak over terajin pulak kan...semua makanan macam buah ke salad ke dah siap dekat preparation dan aku hanya tolong isi2 dalam bekas dia jelah ikut flight negara apa...seronok jugak buat benda ni walaupun penat dan makin lama aku rasa macam dah makin cekap dan expert sebab boleh belagak ngan bebudak lain..hahaha setiap hari mesti aku yang keluar rehat paling lambat and balik paling lambat...almaklumlah budak banyak kerja, rajin pulak tu.(gila angkat bakul -__-")...takkan kerja tak siap kau dah nak blah pulak kan??eh2 tak baik macam tu...lepas settle semua kerja yang tengah dibuat baru minta izin keluar rehat dan balik...hihi tiba2 macam sopan gila pulak aku kat dalam tu...kawan aku dalam tu kebanyakan ramai 'baiya'...-__-"..balik2 je mesti kena ejek dengan bebudak ni...cam hampeh je...tapi seronok apa...dorang ni takdelah jahat pun ok je cuma yang aku malas sebab kejenya duk menyengih je...tergoda kang buat naya je...hahha..ada hati kau!!next week dah ubah department sebab schedule dah keluar and i'll be in operation department...dan part yang paling best bila Kak Zura (QA sv) cakap boleh ikut naik flight amek2 gambar semua...owh2 tak sabarnya rasa...gila batak pulak aku rasa -__-"...dan 15 Januari nanti akan ada event besar yang ktorang mesti join...heeee pun tak sabar juga...apa2 pun it's just the beginning...baru 3 hari beb!!another 6 months to go..lama lagi kot!!!takpe2 pejam celik abislah tu...so let's survive everybody!!!yeah!!!....peace :)


Assalamualaikum....=)

Sunday, November 28, 2010

SiaPaKah KiTa DaLaM KeHiDuPan...

Assalamualaikum....

Hari ini aku mahu berkisar tentang kehidupan menurut pandangan dari kaca mata aku sebagai seorang insan biasa yang sering leka dan tersasar dari landasan...itu aku memang tak nafikan sebab aku bukan manusia biasa yang sempurna atas segala-galanya...tapi dari kelalaian dan kealpaan itu harus terbit satu perasaan yang dipanggil sesalan agar kita sebagai makhlukNya tidak terus leka dengan permainan dunia sementara ini...manusia seperti aku misalnya sering kali lupa akan takdir Tuhan bila aku berada dalam ambang kejayaan atau kebahagiaan atau di kemuncak...mungkin kita akan ingat dan panjatkan syukur pada Tuhan tapi selalunya hanya seketika cuma...selepas itu kita akan leka dan lalai semula...(aku tidak mahu mengambil contoh sesiapa di sini tapi contoh pada diri aku sendiri)...aku ambil contoh yang paling senang ialah mengenai kisah percintaan aku yang terputus di tengah jalan....maaf jika ada di antara anda yang sudah bosan dengan cerita2 sebegini terutama teman2 yang sudah lali mendengar cerita aku ini...aku hanya ingin memberikan sedikit contoh di sini...masa mula2 aku jatuh cinta lebih kurang setahun yang lalu and that was my first love and he is my first love aku banyak sangat terfikir apakah yang akan Tuhan corakkan atas takdir hidup aku di masa hadapan...aku selalu berfikir akan apa jua kemungkinan dan aku mohon pada Tuhan agar kebahagiaan akan wujud untuk aku senyum dan kenangkan...dan selepas beberapa ketika setelah kami mula bersama aku terus lalai dan leka untuk berdoa pada Tuhan agar hubungan ini berkekalan sehingga ke nafas terakhir...aku lupa akan itu dan aku lupa akan takdir yang telah diwarnakan untuk aku...dan bila akhirnya cinta itu terkandas dan terputus di pertengahan jalan, aku jadi manusia yang betul2 putus harapan di atas nasib aku dalam percintaan...dan pada ketika itulah aku benar2 sedar bahawa ketidakberingatan aku itu akhirnya membawa kepada sebuah kehancuran...dan aku amat menyesali akan itu dan aku masih menyesal di atas kekecewaan ini walaupun sudah 3 bulan berlalu...dan aku mohon pada hari ini agar Tuhan dengar akan permintaan aku agar aku diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua kekecewaan untuk masa ini dan masa hadapan...kerana aku tidak mahu menjadi manusia lemah yang sering menangisi dan meratapi sebuah pemergian dan kehilangan...aku tidak mahu jadi manusia yang tidak bersyukur itu...aku yakin ramai juga manusia di luar sana yang merasa kehilangan seperti aku...yang benar2 merasa akan kehilangan orang yang benar2 dicintai dan disayangi...tetapi ada juga kisah lain dalam kehidupan yang perlu kita renungkan dan ambil pengajaran...seperti orang kaya yang leka akan kekayaan dan akhirnya jatuh miskin kerana kurangnya atau tiada sedikitpun rasa kesyukuran dalam jiwa...pada ketika kemiskinan itu datang menjengah barulah kita menyedari akan kesombongan kita pada kekayaan Tuhan Yang Maha Kaya...ada juga yang ketika waktu sihatnya sangat seronok akan kehidupan duniawi dan terlupa akan bila2 masa sahaja nyawanya boleh dijemput Ilahi...dan pada ketika kesakitan itu datang menampakkan diri, barulah disedari akan banyaknya dosa2 pada hidupnya sendiri dan Tuhan lah tempat dia mengadu akan segala duka dan derita...itulah sebenarnya hidup manusia tetapi tak semua yang begitu...jika hebat hatinya maka dia akan sentiasa mendekatkan diri pada Penciptanya tidak kira dalam keadaan senang mahupun sengsara...aku amat2 mahu menjadi yang itu walaupun aku sebenarnya amat benar tahu aku bukan tergolong dalam hati yang hebat itu...banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam kehidupan sebelum bumi ini diperintahkan untuk sujud pada Tuhan di pengakhiran...ini bukan diskusi keagamaan...ini hanyalah coretan aku atas kehidupan aku sebagai seorang insan...moga aku tidak lagi tersasar di atas landasan kebenaran...

Assalamualaikum...:)