BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, December 9, 2010

The WoRsT DaY EvEr

Assalamualaikum....

Ini cerita kelmarin...di mana hari cuti, so kami 5 sahabat iaitu aku, cik Soleha, cik Shikin, cik Syira dan cik Yati telah bercadang mahu melepak-lepak sambil membuang masa di Alamanda...hehehe...dalam tengah hari gerak tapi hari tu memang banyak sangat ujian dan cubaan yang menimpa kami (tak termasuk cik Syira sebab dia dari tempat lain)...pagi2 turun blok dan pergi ke tempat parking kereta tengok2 kereta cik Soleha ni kena pancitkan dan terselit satu nota di hadapan cermin kereta yang berbunyi, "Hidup ni belajar lah bertimbang rasa, dapat lesen terbang ke?"..(ayat sebenarnya aku tak berapa nak ingat sebab cik Soleha tak bagi aku amek gambar nota dengan tayar sebagai bukti...haha so aku ingat apa yang ada jelah)...masalahnya cuma satu iaitu parking tersenget dan hanya mengambil sedikit tempat parking di petak sebelah...sangat sikit dan masih mampu memuatkan kereta kecil seperti kancil untuk parking di petak sebelah itu...

Pengajaran: Kita hidup berjiran, walaupun tidak mengenali satu sama lain ataupun jiran itu membuat kesilapan yang besar sekalipun, janganlah nak menganiaya atau mempunyai niat mahu menganiaya sampai menimbulkan kesusahan pada orang lain...bayangkan kalau tak ada kereta lain masa tu dan tiba2 hari tu hari bekerja dan kena pergi ke tempat kerja..tak ke naya? hidup ni memenag macam roda....sekali kita buat orang, orang lain boleh buat kita 10 kali lebih dahsyat dan luar biasa...dan sesungguhnya doa orang yang teraniaya ini juga dimakbulkan olehNya...

Selepas sudah pam tayar kereta semua dan mujurlah berjumpa dengan orang yang berhati mulia kerana tidak mengenakan caj kepada kami walaupun setelah bersusah payah datang mengambil tayar dan pulang semula ke kedai dan menghantar semula tayar untuk dipasang tapi masih lagi tidak mahu menerima upah...aku sangat terharu kerana berjumpa orang sebegini di saat kesusahan...dan rasa terima kasih itu amat dipanjatkan pada Tuhan kerana mengurniakan kesenangan di sebalik kesulitan...

Setibanya di Alamanda (ramai gila kot orang sebab public holiday kot agaknya) kami terus membuat benda yang bukan2 dan entah apa2 sebab pergi tanpa tujuan...lepas lunch semua kami pun berjalan2 lah dekat wayang konon2 nak tengok wayang tapi tak tau nak tengok cerita apa sebab semua orang tak nak teman aku tengok cerita melayu..haha siot betul....last2 pergi buat muka tak malu amek gambar depan poster2 dan buat gaya muka entah apa2...

hesy buruk benar muka budak 2 orang ni sebab tiru gaya mamat kat belakang tu...entah apa2 je perangai kau orang ni..hahaha...

aku pun tak tau apa motif budak ni nak amek gambar kat poster 'Aku masih dara' ni...ok setelah dikaji2 dan ditilik2 rupanya saja nak cover keseksian dak diana Amir tu...teehee...:)

Lepas membuang masa yang lama mengambil gambar tak senonoh bersama poster2 kami pun pergilah membazirkan duit dengan membeli barang2 kat Carefour pulak...

ok cik Shikin dah penat bershopping sampai terduduk kau kat escalator tu...ha sukati kau lah budak nak buat macam rumah sendiri pulak...hehe..

aku tak tau apa motif minah ni gedik nak amek gambar kat sebelah robot yang takde rupa robotcop tuh..huh!!layan kan ajelah minah ni...-__-"

dah siap2 shopping semua pukul 6 kami pun beransur pulang...say bye2 to cik Syira..bilalah kita nak jumpa lagi kan??sedih pulak tetiba...

yang paling kecik tu cik Yati, yang paling gedik cik Soleha, yang senyum bajet tu cik Shikin dan excited terlebih tu cik Syira...:)

Ujian kami tidak berakhir pagi tu aje...rupa-rupanya kereta cik Soleha ni buat hal meragam pulak...asyik2 mati je kat tengah jalan especially masa kat traffic light sebab tak boleh nak stop kena jalan je keretanya...haha lawak pulak bila fikir2 balik...dahlah semua pun jahil bab2 kereta ni terutama sekali akulah asyik tanya soalan bodoh je..mujurlah ada seorang abang yang baik hati menghantar kami yang tidak tahu apa2 ni ke workshop berhampiran tempat kereta itu berhenti...fuh lega rasa...rupa2 rupanya yang rosak menurut incik pomen itu adalah oil filter dengan air filter..baru aku tau rupa dia macam mana...-__-"

                                              hitam gila air filter kamu cik Soleha oii...heee....:)



hahaha khusyuk nye kakak tengok orang betulkan kereta....bagus2 boleh belajar kalau rosak lagi senang sikit nak cek mana2 yang patut...heee...:)

Hari tu memang penat gila lah...the worst day ever tapi banyak pengalaman yang dapat dikutip dan dipelajari bersama....mujur berjumpa dengan orang2 baik selain mereka yang 'kurang baik' tu....semoga kita juga sama2 menjadi manusia yang baik itu...:)

Assalamualaikum....:)

0 comments: