BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, December 11, 2010

SeoRaNg PeMeRHaTi

Assalamualaikum...

Aku suka menjadi pemerhati. Sebenarnya memang sifat aku begini yang memang gemar untuk menjadi pemerhati terutamanya untuk manusia yang hampir dan berada dekat dengan aku. Sebabnya aku suka menilai manusia ini selepas aku melihat apa yang mereka lakukan, fikirkan dan keperibadian mereka itu sendiri.Jangan main terjah aje jika mahu menilai seseorang itu. Sebab luaran tidak semestinya sama dengan dalaman. Yang penting apa yang ada dalam hati dan pemikiran manusia itu sendiri yang sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menilainya hanya dengan pemerhatian kasar saja. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum kita nak jump to conclusion tentang siapa sebenarnya manusia yang sedang kita nilai itu. Macam sesetengah dari teman aku sendiri, selepas mengenali mereka untuk beberapa ketika, aku sudah masak dengan apa yang mereka mahu fikirkan dan katakan. Bukan mahu berkata aku ini seperti ahli nujum atau apa, tapi bila mereka mula bersuara untuk membuang bicara tentang sesuatu masalah atau kemusykilan aku sudah dapat mengagak apa yang mahu diperkatakan. Tapi orang seperti ini selalunya adalah mereka yang mudah dan sudi untuk berkongsi apa saja rasa dengan teman atau seseorang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai menurut mereka. Ada juga antara kita yang seperti seorang yang misteri. Yang amat susah sebenarnya mahu menyelami apa yang ada di dasar hati mereka ini. Aku ada juga teman yang begini. Dan aku akui aku juga orang yang seperti ini. Sebab selalunya apa yang aku pamerkan tidak bermakna itu adalah cermin kepada dalaman diri itu sendiri. Bukan hipokrit. Tidak aku bukan manusia yang hipokrit dan aku cukup tidak suka pada manusia yang hipokrit. Cuma kadang kala bagi aku, menyembunyikan sesuatu yang bersifat dalaman itu lebih senang dan selesa daripada asyik mempamerkan sesuatu untuk tontonan. Contohnya jika kita bersedih di atas sesuatu perkara atau musibah, cukuplah bagi aku jika kita mahu berkongsi dengan mereka yang kita percaya dalam waktu yang seketika cuma. Cukuplah dengan hanya meluahkan itu kita dapat melegakan sedikit tekanan dan luahan perasaan agar kita dapat mengutip sedikit nasihat dan pengajaran daripada mereka yang pernah berpengalaman. Selebihnya itu biar kita saja yang berurusan dengan Tuhan. Sebab aku bukan jenis manusia yang suka bercerita akan kisah hidup aku sendiri kecuali jika aku amat benar2 memerlukan seseorang untuk melegakan sedikit tekanan dan bebanan. Itu aku. Selagi aku mampu aku tidak akan meluahkan. Segala-galanya tetap dalam hati untuk aku simpan. Tetapi manusia ini telah diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan keadaan. Semuanya berbeza mengikut takdir yang telah ditentukan. Bagi aku, aku mahu terima apa yang telah dikurniakan ini dengan seikhlasnya dan aku mahu menerima mereka yang berada di sekeliling aku tanpa ada perasaan negatif yang lahir dalam jiwa. Aku suka menjadi pendengar dan mahu menjadi pendengar yang setia. Walau siapa pun yang datang untuk bercerita, aku tetap sudi ada untuk mendengar akan sebuah bicara.   

Assalamualaikum...:)

0 comments: