BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Showing posts with label PuisiDalamLaci. Show all posts
Showing posts with label PuisiDalamLaci. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

CiNDeReLLa, aKu MaHu JaDi KaMu

Kenapa hati suka merasa berat?
Kenapa hati suka merasa terganggu?
Kenapa hidup ini tidak mudah seperti yang diangan-angankan?
Serasa seronok melihat Cinderella si puteri kayangan,
Terasa indah bila sang putera datang mencari dan melamar,
Dan hidup penuh warna kebahagiaan sehingga ke pengakhiran,
Mahu bermimpi, tetapi terasa amat benar membuang waktu di sini,
Ingin mencari bahagia,
Tetapi mampukah jika hanya mendongak ke langit maka akan datang kebahagiaan dari kayangan,
Tersenyum sinis mendengar aku akan angan-angan,
Mengapa begini hebat kekusutan,
Aku sudah tidak mampu bertahan, Tuhan,
Aku lemah tidak terdaya melawan,
Kuatkan hati dan jiwa ini agar aku mampu menjadi seorang insan.

Friday, January 14, 2011

GiTaRKu KeKaSiHKu....

Lama aku membiarkan kamu terdiam di situ,
Serasa amat kejam manusia bernama aku yang hanya memendang kamu,
Tanpa rasa ingin menyentuh kamu wahai jiwa,
Aku biarkan kamu diam di situ lama,
Ya, terlalu lama sehingga aku terlupa kamu pernah mengubat akan segala duka,
Aku rindu akan kamu sebenarnya,
Sungguh, aku tidak berdusta,
Tetapi kerana kelelahan minda dan kehausan tenaga pada diri,
Aku jadi lemah dan mati di sini,
Aku biarkan kamu di sudut itu,
Aku biarkan kamu diam tanpa suara lagu,
Aku memang dungu tidak mahu menjaga kamu,
Aku memang bodoh tidak pernah membelai kamu,
Tetapi aku amat benar sayang dan rindu kamu,
Berikan aku sedikit waktu kerana kamu adalah azam baruku,
Nantikan aku, kerana aku  teramat butuh waktu.

Friday, December 10, 2010

PoHoN aKaN HaDiRnYa KeaJaiBaN

Bila terkadang kaki ini mahu melangkah pergi,
Ada bisikan dari hati kecil yang kuat meronta menjengah rasa,
Terasa sayu mahu membuang bicara,
Terasa payah untuk membuang kelat pada luka lama,
Aku tidak pernah ambil peduli walau pernah diluka,
Kerana aku tahu doa dan sabar itu ubat atas segala duka,
Lalu aku pandang pada diri yang lemah dan mengharap akan cahaya,
Aku mahu dakap akan bulan yang indah,
Aku mahu tersenyum manis pada bintang yang gundah,
Bila malam seakan segan mahu menjengah,
Aku mahu tidur diulit mimpi yang indah,
Dan bila gerimis mahu singgah membasah bumi,
Aku mahu pandang akan pelangi agar sedikit terubat rasa rindu di hati,
Bila sang terik mentari memulakan rutin di setiap pagi,
Aku mahu bangkit dengan satu semangat yang sunyi,
Aku mahu dongak ke dada langit dan tatap akan indahnya hidup ini,
Aku mahu berhijrah,
Aku mahu melangkah,
Aku mahu mengucapkan selamat tinggal pada kelukaan,
Dan tersenyum memandang akan hadirnya keindahan,
Ahhh, tapi siapa aku yang bukan Tuhan untuk merencanakan,
Kerana sesungguhnya aku masih seorang insan,
Yang sedang mengharap akan hadirnya sebuah keajaiban.

Saturday, December 4, 2010

PeRgiNya aKu...

Indahnya dunia aku kini sudah tidak seindah seperti selalu,
Hari ini dengan air mata yang berjuraian,
Dengan hati yang terlalu berat untuk melepaskan,
Dengan otak dan fikiran yang sudah bulat mencipta keputusan,
Dengan dada yang begitu sebak dengan penuh tangisan,
Aku telah membuat satu perhitungan,
Perginya aku demi untuk sebuah kebahagiaan,
Bukan untuk hidup aku,
Tapi untuk kehidupan kamu wahai teman,
Aku mahu melihat akan sebuah senyuman pada kebahagiaan,
Atas nama pengorbanan dari aku yang sentiasa mendoakan,
Aku mahu kamu berjanji padaku,
Semoga kamu akan sentiasa berada dalam kesejahteraan,
Agar aku dapat mersa tenang dalam kedamaian,
Demi untuk melihat sebuah senyuman walau cuma dalam tangisan,
Kerana kamu akan sentiasa ada aku yang memandang dari kejauhan.