Assalamualaikum...
Ramai yang tanya kenapa aku deactivate fb aku. Ada yang tanya, "Kau kenapa senyap je sekarang ni?" "Kau ok ke?" "Kau dah deactivate fb ke? Kenapa?" Macam2 lagi lah. Aku sebenarnya malas nak explain dan bagi orang faham kenapa aku deactivate fb aku. Tapi pada yang faham tu aku syukur sangat2 sebab at least mereka tak tanya lebih2 dan aku pun tak susah nak terangkan. Hampir sebulan jugak aku dah tak aktif fb ni dan aku rasa hidup aku lebih tenang dan aman sekarang sebab banyak benda yang aku taknak tau dan amek tau, so aku tak payah sibuk2 nak tau. Kalau aku tak deactivate fb ni, walaupun aku taknak tau apa2 tapi keinginan nak tau tu macam meluap-luap. Biasalah hati manusia lagi2 hati yang macam aku ni. Lemah semacam je kan? Tapi sejak aku dah tak aktif fb ni memang banyak benda aku ketinggalan sebenarnya especially kisah teman2 aku yang macam banyak betul masalah diorang ni. Aku pun naik kesian jugak kat diorang ni. Selamat ada twitter at least aku tak lah ketinggalan sangat kan?hehehe...Aku bukan nak deactivate selama-lamanya. Tapi cukuplah sampai aku betul2 boleh berada dalam keadaan tenang dan stabil. Tapi sekarang ni sejak praktikal ni ramai kawan2 baru, manager tempat aku dan orang2 yang kerja kat situ nak add kat fb bagai. Aku jadi macam serba salah. Dalam dilema. Macam tipu je kalau aku cakap aku takda fb sebab budak tadika pun dah ada sekarang kan? Aku kalau nak cerita kenapa aku deactivate fb ni jangan haraplah. Bila orang tanya aku mampu jawab saja je sebab aku malas nak aktif lagi. Heh susahnya nak bagi orang faham. Aku tak rasa excited pun nak aktif balik sekarang ni tapi disebabkan orang2 baru dalam hidup aku ni aku jadi macam dilema..haish -__-"
Assalamualaikum....:)
Saturday, December 25, 2010
DaLaM DiLeMa
Posted by Anak Pak Din at 8:30 PM 0 comments
Labels: Sampah
Saturday, December 11, 2010
SeoRaNg PeMeRHaTi
Assalamualaikum...
Aku suka menjadi pemerhati. Sebenarnya memang sifat aku begini yang memang gemar untuk menjadi pemerhati terutamanya untuk manusia yang hampir dan berada dekat dengan aku. Sebabnya aku suka menilai manusia ini selepas aku melihat apa yang mereka lakukan, fikirkan dan keperibadian mereka itu sendiri.Jangan main terjah aje jika mahu menilai seseorang itu. Sebab luaran tidak semestinya sama dengan dalaman. Yang penting apa yang ada dalam hati dan pemikiran manusia itu sendiri yang sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menilainya hanya dengan pemerhatian kasar saja. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum kita nak jump to conclusion tentang siapa sebenarnya manusia yang sedang kita nilai itu. Macam sesetengah dari teman aku sendiri, selepas mengenali mereka untuk beberapa ketika, aku sudah masak dengan apa yang mereka mahu fikirkan dan katakan. Bukan mahu berkata aku ini seperti ahli nujum atau apa, tapi bila mereka mula bersuara untuk membuang bicara tentang sesuatu masalah atau kemusykilan aku sudah dapat mengagak apa yang mahu diperkatakan. Tapi orang seperti ini selalunya adalah mereka yang mudah dan sudi untuk berkongsi apa saja rasa dengan teman atau seseorang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai menurut mereka. Ada juga antara kita yang seperti seorang yang misteri. Yang amat susah sebenarnya mahu menyelami apa yang ada di dasar hati mereka ini. Aku ada juga teman yang begini. Dan aku akui aku juga orang yang seperti ini. Sebab selalunya apa yang aku pamerkan tidak bermakna itu adalah cermin kepada dalaman diri itu sendiri. Bukan hipokrit. Tidak aku bukan manusia yang hipokrit dan aku cukup tidak suka pada manusia yang hipokrit. Cuma kadang kala bagi aku, menyembunyikan sesuatu yang bersifat dalaman itu lebih senang dan selesa daripada asyik mempamerkan sesuatu untuk tontonan. Contohnya jika kita bersedih di atas sesuatu perkara atau musibah, cukuplah bagi aku jika kita mahu berkongsi dengan mereka yang kita percaya dalam waktu yang seketika cuma. Cukuplah dengan hanya meluahkan itu kita dapat melegakan sedikit tekanan dan luahan perasaan agar kita dapat mengutip sedikit nasihat dan pengajaran daripada mereka yang pernah berpengalaman. Selebihnya itu biar kita saja yang berurusan dengan Tuhan. Sebab aku bukan jenis manusia yang suka bercerita akan kisah hidup aku sendiri kecuali jika aku amat benar2 memerlukan seseorang untuk melegakan sedikit tekanan dan bebanan. Itu aku. Selagi aku mampu aku tidak akan meluahkan. Segala-galanya tetap dalam hati untuk aku simpan. Tetapi manusia ini telah diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan keadaan. Semuanya berbeza mengikut takdir yang telah ditentukan. Bagi aku, aku mahu terima apa yang telah dikurniakan ini dengan seikhlasnya dan aku mahu menerima mereka yang berada di sekeliling aku tanpa ada perasaan negatif yang lahir dalam jiwa. Aku suka menjadi pendengar dan mahu menjadi pendengar yang setia. Walau siapa pun yang datang untuk bercerita, aku tetap sudi ada untuk mendengar akan sebuah bicara.
Assalamualaikum...:)
Posted by Anak Pak Din at 1:46 AM 0 comments
Labels: Sampah
Monday, December 6, 2010
aKu MaHu KeMBaLi
Assalamualaikum...
Aku sebenarnya rasa kesian menjadi diri aku sendiri...simpati dengan apa yang aku miliki pada diri saat ini..aku bukan mahu menolak kehendak Tuhan yang menciptakan aku atas apa yang aku ada dan siapa aku pada kehidupan ini...aku amat bersyukur sebenarnya kerana aku tahu aku sudah mencuba menjadi terbaik untuk kehidupan aku walaupun kadang kala aku banyak benar khilaf dan kesilapannya...tapi siapalah aku yang diciptakan dengan ketidaksempurnaan dan terlalu banyak kekurangan...aku rindu akan diri aku setahun yang lalu...dan sebenarnya kini aku mahu mencari diri aku yang dulu...cukuplah setahun yang dulu..aku tidak minta untuk kembali ke sepuluh tahun lampau kerana aku teramat bahagia dan selesa dengan kehidupan aku setahun yang lalu...
Setahun yang lalu di mana aku tidak pernah menaruh hati pada seseorang yang bernama manusia...setahun yang lalu di mana hatiku tidak pernah dimiliki oleh sesiapa...setahun yang lalu di mana aku tidak kenal apa itu erti cinta dan kecewa hatta tidak pernah ambil peduli pun akan apa rasanya bila dimiliki dan memiliki...ya, aku amat2 benar rindu akan kehidupan aku suatu waktu dahulu...terlalu amat payah aku mencipta jurang tetapi akhirnya aku tertewas dengan takdir hidupku sendiri...pelangi indah yang ku sangka akan sentiasa mewarnai indah seri malam dan pagi akhirnya ditimbus kabus awan tebal di tengah hari...siapakah aku pada hari ini??
Aku sebenarnya seseorang yang amat payah untuk jatuh cinta dan menerima hati yang baru untuk mewarnakan akan indahnya jiwa...aku bukan manusia yang diciptakan untuk menerima sesiapa jua yang cuba hadir untuk mengetuk akan sekeping hati ini...aku bukan seperti itu kerana aku tahu aku adalah manusia yang amat benar setia akan cinta dan hatiku sendiri...walau sehebat mana pun manusia itu akan pangkat dan rupa parasnya tetapi jika dia tidak mampu untuk menghadirkan akan senyuman ikhlas pada sekeping hati ini, maka amat benar sukarnya aku untuk memandang akannya dan menyambut huluran tangannya...itu adalah aku untuk masa ini dan aku yakin aku akan tetap jadi begini kerana aku telah diciptakan begini...
Aku bukan mahu mengeluh akan nasib diri atau menyalahkan takdir mengapa aku jadi begini...aku redha di atas semua pemberiaan yang dikurniakan Ilahi...tetapi aku amat benar kecewa akan diri sendiri kerana aku masih lagi tidak mampu untuk memandang ke hadapan melihat akan indah dan cantiknya lukisan yang bakal terlukis di siang dan malam hari...aku tidak mampu menjadi sekuat dan setabah itu demi diri sendiri...maka siapakah sebenarnya aku pada kehidupan ini??Aku sudah terlalu letih untuk hari ini...aku mohon akan ada sinar terang yang menyeri indahnya senyuman dan angin lalu yang memawa kedukaan terbang pergi jauh dari diri...
Assalamualaikum...:)
Posted by Anak Pak Din at 5:07 AM 0 comments
Labels: Sampah


