BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, December 5, 2010

SeSeoRaNg YaNg BeRNaMa aYaH

Assalamualaikum...


Video ni aku dapat dari seorang teman yang cakap dia sedih bila tengok video ni...sebab masa tu aku bagitau kat dia yang aku nangis sebab sedih sangat tengok cerita 'A Walk To Remember' sorang2...hahaha memang habis menangis aku tengok hari tu...then teman aku ni cakap dia tambah sedih bila tengok video ni tentang pengorbanan seorang yang bernama ayah untuk membantu anaknya menghabiskan larian masa Sukan Olimpik 1992 kot kalau ikut video tu lah...pasal aku pun tak tau...dah lama benar video tu sekarang baru aku tengok...ketinggalan zaman betul -__-"...memang sedih lah kalau tengok sebab ayah dia sanggup turun padang nak bantu anak dia habiskan larian sebab kaki anak dia krem kan...aku pun tersentuh hati jugak ni lagi2 bila teringat kat abah (ayah aku lah)...


Dah alang2 tu marilah kita bercerita pasal seseorang yang bernama ayah...sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku sendiri jugaklah...abah aku memang seorang manusia yang cukup baik, sayangkan anak2 dia, jarang sangat nak marah dan bileh dikira lah berapa kali je aku kena marah lagi2 bila dah besar ni, pukul atau naik tangan memang jauh sekali lah...cuma masa kecik2 dulu adalah sebab nakal..hehehhe...itu pun pukul2 manja orang kata...abah memang suka manjakan anak2 dia (ni mak yang cakap lah) sebab apa2 yang anak dia nak mesti dia bagi...pendek kata selagi mampu semua kemahuan anak2 dia akan cuba dipenuhi...baik kan bapak aku??? aku tau bapak korang pun lebih kurang sama je cuma perwatakan masing2 yang berbeza...ada yang garang sikit, garang banyak, ada yang tak pernah kena marah langsung...tapi bagi aku walau macam mana pun perwatakan seorang ayah tu di hadapan anak-anaknya tak lain dan tak bukan hanyalah untuk mengajar dan dalam sudut hati mereka sebenarnya mereka amat menyayangi anak2 mereka ni...yelah bukan senang nak didik anak ni sampai besar lagi2 nak tengok anak2 ni berjaya...aku faham tu...cuma kadang2 anak ni yang tak sedar pengorbanan seorang bapa tu pada mata mereka....


Berbalik kepada cerita abah aku ni, aku memang tak boleh hidup tanpa abah...sebab selama ni dari kecik sampai besar semua benda pun aku bergantung pada abah...bukan tak pandai berdikari..aku berdikari jugak cuma macam dah terbiasa apa2 pun mesti kena ada abah...so, aku rasa hidup ni tak lengkap kalau tak ada abah...adik beradik aku yang lain pun macam tu...segala hal2 kitorang dari benda kecik sampailah benda besar abah yang tolong uruskan...bila nak buat sendiri tu rasa macam tak berapa nak pandai...hahaha...tapi kan aku pernah gaduh besar dengan abah tapi dululah dalam dua tahun yang lepas sebab aku tak puas hati dengan abah...sebab apa ye....hurmmm tak apalah biarlah rahsia....cuma aku nak cakap masa aku tak bertegur sapa tu (bukan tak cakap langsung tapi aku kalau boleh memang tak nak cakap sebab marah sangat) aku rasa memang hidup aku serba tak kena..macam tak tenang je...yelah dah namanya ayah kalau tak tegur kan ke pelik kan??bukan nak jadi anak derhaka tapi aku tak boleh terima perkara yang berlaku tu...tapi lama kelamaan baru aku sedar sampai bila aku nak bermusuh dengan bapak sendiri...itu semua ujian Tuhan...walau macam mana marah sekalipun kita pada orang tua kita, sebagai anak kita jangan menyimpan perasaan marah ke dendam ke apa2 lah yang negatif...tak baik semua tu sebab dia akan lebih menjauhkan kita dari ibu bapa dan mengusutkan lagi keadaan...aku dulu2 memang suka memberontak kalau tak puas hati...hehehe sekarang dah kurang sikit kot..(yelah tu!!) apa2 pun aku nak cakap sayangilah ibu bapa yang membesarkan kita walau siapa pun mereka kerana jasa mereka tidak akan mampu dibalas walau dengan segunung emas sekalipun...kepada abah, I love you abah...semoga abah mendapat keberkatan dan keredhaan di dunia dan akhirat..aku ingat lagi emak selalu pesan kalau nak cari suami cari yang macam abah...hahaha..memang betul..aku memang nak cari yang macam abah tapi belum jumpa..-___-"


Ok ni video nya...semoga mendapat sedikit pengajaran...:)




Assalamualaikum...:)

0 comments: