Assalamulaikum.....
Untuk seorang teman yang amat2 aku sayangi...SELAMAT HARI LAHIR!! semoga sentiasa mendapat kejayaan dan kebahagiaan yang kamu impikan dan diredhai Allah dunia akhirat...semoga hidupmu sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan...aku akan sentiasa mendoakanmu walau dari kejauhan...
Bila mata ini tidak mampu untuk membuka lagi,
Bila telinga ini sudah tidak mahu untuk mendengar,
Bila mulut sudah terkunci dari berkata-kata,
Bila lidah sudah kelu untuk berbicara,
Bila anggota badanku nanti sudah tidak mampu lagi untuk meneroka,
Namun aku ada satu permintaan yang mahu aku panjatkan dari Yang Esa,
Semoga kamu nanti wahai teman,
Akan sentiasa mendapat perlindungan dari segala kesakitan dan kepahitan,
Agar kamu mendapat segala hajat yang kamu impikan,
Kerana walau aku tidak mampu lagi untuk mendoakan,
Aku mahu Tuhan dengar akan permintaan,
Aku mahu agar Tuhan kabulkan akan suatu keikhlasan,
Agar aku dapat memandang senyum dan kegembiraan kamu walau hanya dari kejauhan...-Salam sayang dari aku pada kejauhan...Selamat Panjang Umur untuk kamu wahai teman-
OnLy HoPe



0 comments:
Post a Comment