Assalamualaikum....
Hari ini aku mahu berkisar tentang kehidupan menurut pandangan dari kaca mata aku sebagai seorang insan biasa yang sering leka dan tersasar dari landasan...itu aku memang tak nafikan sebab aku bukan manusia biasa yang sempurna atas segala-galanya...tapi dari kelalaian dan kealpaan itu harus terbit satu perasaan yang dipanggil sesalan agar kita sebagai makhlukNya tidak terus leka dengan permainan dunia sementara ini...manusia seperti aku misalnya sering kali lupa akan takdir Tuhan bila aku berada dalam ambang kejayaan atau kebahagiaan atau di kemuncak...mungkin kita akan ingat dan panjatkan syukur pada Tuhan tapi selalunya hanya seketika cuma...selepas itu kita akan leka dan lalai semula...(aku tidak mahu mengambil contoh sesiapa di sini tapi contoh pada diri aku sendiri)...aku ambil contoh yang paling senang ialah mengenai kisah percintaan aku yang terputus di tengah jalan....maaf jika ada di antara anda yang sudah bosan dengan cerita2 sebegini terutama teman2 yang sudah lali mendengar cerita aku ini...aku hanya ingin memberikan sedikit contoh di sini...masa mula2 aku jatuh cinta lebih kurang setahun yang lalu and that was my first love and he is my first love aku banyak sangat terfikir apakah yang akan Tuhan corakkan atas takdir hidup aku di masa hadapan...aku selalu berfikir akan apa jua kemungkinan dan aku mohon pada Tuhan agar kebahagiaan akan wujud untuk aku senyum dan kenangkan...dan selepas beberapa ketika setelah kami mula bersama aku terus lalai dan leka untuk berdoa pada Tuhan agar hubungan ini berkekalan sehingga ke nafas terakhir...aku lupa akan itu dan aku lupa akan takdir yang telah diwarnakan untuk aku...dan bila akhirnya cinta itu terkandas dan terputus di pertengahan jalan, aku jadi manusia yang betul2 putus harapan di atas nasib aku dalam percintaan...dan pada ketika itulah aku benar2 sedar bahawa ketidakberingatan aku itu akhirnya membawa kepada sebuah kehancuran...dan aku amat menyesali akan itu dan aku masih menyesal di atas kekecewaan ini walaupun sudah 3 bulan berlalu...dan aku mohon pada hari ini agar Tuhan dengar akan permintaan aku agar aku diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua kekecewaan untuk masa ini dan masa hadapan...kerana aku tidak mahu menjadi manusia lemah yang sering menangisi dan meratapi sebuah pemergian dan kehilangan...aku tidak mahu jadi manusia yang tidak bersyukur itu...aku yakin ramai juga manusia di luar sana yang merasa kehilangan seperti aku...yang benar2 merasa akan kehilangan orang yang benar2 dicintai dan disayangi...tetapi ada juga kisah lain dalam kehidupan yang perlu kita renungkan dan ambil pengajaran...seperti orang kaya yang leka akan kekayaan dan akhirnya jatuh miskin kerana kurangnya atau tiada sedikitpun rasa kesyukuran dalam jiwa...pada ketika kemiskinan itu datang menjengah barulah kita menyedari akan kesombongan kita pada kekayaan Tuhan Yang Maha Kaya...ada juga yang ketika waktu sihatnya sangat seronok akan kehidupan duniawi dan terlupa akan bila2 masa sahaja nyawanya boleh dijemput Ilahi...dan pada ketika kesakitan itu datang menampakkan diri, barulah disedari akan banyaknya dosa2 pada hidupnya sendiri dan Tuhan lah tempat dia mengadu akan segala duka dan derita...itulah sebenarnya hidup manusia tetapi tak semua yang begitu...jika hebat hatinya maka dia akan sentiasa mendekatkan diri pada Penciptanya tidak kira dalam keadaan senang mahupun sengsara...aku amat2 mahu menjadi yang itu walaupun aku sebenarnya amat benar tahu aku bukan tergolong dalam hati yang hebat itu...banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam kehidupan sebelum bumi ini diperintahkan untuk sujud pada Tuhan di pengakhiran...ini bukan diskusi keagamaan...ini hanyalah coretan aku atas kehidupan aku sebagai seorang insan...moga aku tidak lagi tersasar di atas landasan kebenaran...
tak faham
8 years ago



0 comments:
Post a Comment