Assalamualaikum....
Lately ni rasa macam malas je nak update semua benda dan rasa malas semacam nak get connected dengan dunia maya ni. Semua pun rasa dah bosan. Kenapa ek?? hurmmmm...tak payah pening kepala fikir buang karan je kan?
Last Saturday aku telah merajinkan diri untuk pergi ke Balai Seni Lukis Negara..Aku memang dah lama merancang nak pergi tempat ni sebab sepanjang minggu lepas ada event Rantai-art ni. Kalau tak silap event ni dah tahun ke 10 kot tapi sekarang ni barulah ada peluang nak pergi kan..hehee..:) even dapat pergi kejap je sebab time tu dah petang nak kejar train semua bagai and tak nak lewat sampai malam balik rumah, so dapat lah jalan-jalan kejap dekat booth yang ada dan dapatlah tengok 1 poem recital dari sorang awek ni dan 2 performance dari band Faraday dan Oh Chenta Ku..heh selamat dapat tengok Oh Chenta Ku ni sebab band ni memang best lagu pun masyuk2 so layan lah.
Oh Chenta Ku
Ini antara 2 band yang sempat aku tengoklah. Sebenarnya ada banyak lagi tapi disebabkan kelewatan sampai dan tak mahu balik lambat sempat tengok sikit je..Jadilah kan dari tak dapat langsung. Dalam pada tu aku sempat jugak beli t-shirt lukisan tangan. Kira hand made lah kan. Cantik memang cantik. Mula2 macam berat hati nak beli sebab boleh tahan mahal jugaklah harga dia tapi bila fikir2 balik macam rugi pulak tak beli sebab baju ni dia memang lukis 1 je dan memang tak ada size. Selamatlah muat untuk aku pakai dan bagi aku memang cun dan berseni habis..hehe dan pelukis dia pun boleh tahan comel jugak. Tak beli rasa macam tak sampai hati pulak..haha...
cun tak? silalah jawab ye...heee :)
Apa2 pun aku sangat2lah berterima kasih kepada 2 orang teman cantik aku ni sebab sudi teman aku jauh2 semata-mata nak layan kerenah aku ni..Walaupun masa mula2 sampai diorang tak faham satu apa event yang aku ajak diorang pergi ni, tapi aku tengok diorang layan jugak..heh sampai cakap kalau ada lagi ajaklah aku lagi..haha aku cukup suka statement tu..
Yati dan Emy..I love u lah..heee..:)
Salah satu lukisan gravity yang belum siap..tapi memang cun..
Harap2 tahun depan kalau ada event ni lagi dapatlah aku join kan?Memang rugi rasanya kalau tak join hari2 event ni sebab setiap hari aktiviti dia lain2. Dan yang paling aku kecewa sekali sebab tak dapat join bengkel dengan Fynn Jamal..waaa sedih betul...:( Harap2 next time dapat jumpa kak Fynn ni..heh..:)




















